Kali ni aku nak sambung crite maa.
The Dusk and Dawn of ASiS, Subuh dan Senja di ASiS, Siang dan Malam di ASiS, Panas dan hujan di ASiS, terang dan gelap di ASiS.....setiap sesuatu tu ada lawannya.
Lelaki lawannya perempuan, hitam lawannya putih, irama lawannya lagu, memori manis lawannya nostalgia pahit.
Memang betul aku cakap belajar di ASiS seronok, tapi, aku tak cakap yang ASiS sebuah tempat yang 'sempurna'. Pada OASiS (ex-ASiSian) yang bijak, pandai, genius tahap karma punya mungkin tak rasa ape la dok belajo dekat ASiS...tapi untuk student tahap average, ada masa belajar di sana rasa mcm duduk di 'neraka sintetik'.
Serius cakap, ada sesetengah cikgu aku yang mengajar subjek kritikal course sains, bila ada student yang slow atau lambat pick up sket bila belaja, cikgu tu akan tinggalkan dan fokus pada peljar-pelajar laen yang cepat belajar. Aku time tu fed up jugak sebab niat aku pegi situ nak belajar....ada pulak yang jenis main hina-hina budak kalau slow dalam akademik. heee, bukan le niat aku nak kutuk sesape, setakat berharap mereka yang membaca dapat mengambil pengajaran, haha.
Kadang-kadang aku kesian jugak dekat member2 aku yg kene tinggal lepas tu fail memanjang dalam akademik....pagi ptg siang malam study, tapi bila cikgu tak bimbing mmg hanyut le jugak...Aku ingat lagi bila ramai member aku touching sebab cikgu buat tak tau.....last2, ramai jugak yg pindah balik ke sekolah lama.
Mula2 aku pikir, mungkin aku kena kuat sikit, belaja dekat sekolah mcm ni mmg le pedih....tapi, last2 aku pon pindah balik ke sekolah lama. Mula2 aku pikir jugak, oih, rugi maa pengorbanan 8A PMR aku untuk masuk sini.....tapi, bila ade sorang pentadbir sekolah cakap..." Kau, kalau masuk SBP tapi pindah balik sekolah lama memang takde masa depan".....
Time tu tangan aku automatik genggam bhai, hati panas semacam, badan menggigil woo tahan marah....
Waktu tu cikgu tu cakap, seolah-olah masa depan seseorang ditentukan oleh Sekolah Berasrama Penuh,
dah tu, hina sangat ke sekolah harian? ayoo bhai, dah tu Qada' dan Qadar nak letak dekat mana?
Tapi yg sedihnye, aku terpakse le tinggalkan member2 baik yg dah susah senang dngan aku dekat sana.
Mr.Kay, Anam, Uzair, Khai, budak2 dorm aku, membe2 rumah Temenggong, budak2 batch aku, membe2 sekelas, team basketball batch aku...
Yaa, malam aku pindah dari ASiS secara official, budak2 kelas aku iring dengan selawat, budak2 dorm aku tolong angkat2 barang masuk kereta, aku say goodbye dekat membe2 aku, dekat team basketball ASiS, aku makan juadah terakhir dekat Dewan Makan(DM), kawan2 sekelas bagi aku barang2 tanda kenangan,aku ucap terima kasih dekat cikgu2 yg betol-betol ikhlas mengaja aku... aku jumpe MR.KAy, dia bgi aku pamplet tntang politik dunia dngan pen sebatang.....last sekali, aku jerit kuat-kuat " Balik dulu semua, Assalamualaikum".....Itu la kata-kata 'mendung' yang menamatkan legasi aku sebagai seorang ASiSian...Walaupon dah blaah dari sana tapi aku still contact membe2 ASiS la...haha, tanye khabar semua...
Paling tak bole blaa ade jugak yg bising bila aku call sebab addmath masih fail, haha.
Satu benda yang paling aku cukup ingat, pesan terakhir aku kepada membe2 sekelas, adalah untuk tidak mengikut jejak langkah aku, sebab serius cakap, bila ko buat pilihan mcm tu, sama la mcm ko pahat sumpahan pada diri sendiri...selangkah kaki aku keluar dari ASiS time tu, kepala aku tak bole berhenti berfikir tentang niat aku untuk buktikan cikgu yang hina sekolah harian tu salah....

Lepas malam tu, aku pindah balik masuk ke sekolah lama... haha, dekat sini, bermulanya gelaran 'Devil' pada diri aku....kenapa Devil? haha, nnti la aku cerita insyaAllah...tapi yang pasti, cabarannya lagi dahsyat, perjuangan aku dengan member2 lebih kencang, dan laungan YA-HA!! boleh didengari dari segenap sudut sekolah...
Wassalam...

